Makluman dari Naib Canselor Unimas mengenai isu jerebu:

Dearest students and staff, due to the worsening haze situation affecting Kota Samarahan and Kuching and the media release by the Department of Education on closure of schools in both districts, the university has issued the following statement:
Kenyataan Rasmi UNIMAS berkaitan situasi Jerebu di Kuching dan Kota Samarahan
27 Sept 2015
Merujuk kepada situasi terkini berkaitan indeks pencemaran udara di kawasan Kuching dan Kota Samarahan, UNIMAS mengambil keputusan untuk:
a) membatalkan atau menangguhkan semua aktiviti luar universiti sehingga keadaan mengizinkan
b) meneruskan urusan pentadbiran dan pengajaran-pembelajaran seperti yang dijadual
Semua pelajar dan staf dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan masing-masing, seperti:
a) kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu
b) memakai penutup hidung dan mulut ketika di luar bangunan, terutamanya untuk yang berisiko tinggi
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
Universiti akan terus memantau dan merujuk kepada arahan pihak berkuasa tempatan berhubung situasi jerebu di kedua-dua kawasan. Arahan terkini akan dikeluarkan dari masa ke semasa berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak berkuasa.
Sekian, terima kasih
Please do take extra care of yourself and family and please consult our Health Center for assistance and advice if you have known medical conditions related to haze.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS