Posts

Showing posts from October, 2015
Image
Majlis Penyerahan Bahan Bacaan kepada SK Rembus dan SMK Tebekang
Image
#‎ liveupdate‬  Sekarang sedang berlangsung Kembara Ilmu PKMA di BHEP. (Tempat menunggu bas bersebelahan dengan klinik Unimas)Banyak ilmu yang bermanafaat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PKMA. Selain itu terdapat juga jualan buku, permainan dan photo booth. Marilah bersama-sama kita memeriahkan program ini!!!
Untuk makluman, PKMA akan mengadakan "KEMBARA ILMU PKMA di BHEP"  pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) dan maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di bawah. Tujuan program ini dijalankan adalah: · Untuk mendekatkan lagi pengguna kepada PKMA dan mengetahui perkhidmatan dan         kemudahan yang ditawarkan. · Mengendali semua peringkat pengguna di UNIMAS · Bagi memastikan pengguna menggunakan kemudahan pencarian yang berkesan dan efisien. Selain itu juga, PKMA ingin mendedahkan mengenai pengaktifan kad bagi pelajar-pelajar & staf-staf UNIMAS supaya mereka boleh menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKMA secara atas talian. Sekiranya terdapat kemusykilan mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di PKMA bolehlah merujuk terus pada hari tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga UNIMAS. Semoga program Kembara Ilmu di BHEP ini nanti akan memberi manfaat kepada warganya. Sekian, terima kasih.
Sukacita dimaklumkan bahawa pangkalan data Scopus telah dapat diakses melalui laman web PKMA di  www.cais.unimas.my , klik Electronic Resources--klik Online Databases --Scroll ke "S" section dan klik click Scopus ------------ Scopus can now be accessed via CAIS website at  www.cais.unimas.my , click Electronic Resources,--select online databases--Scroll to"S" section and click Scopus
Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera, YBhg. Dato' /Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman, perkhidmatan lif No.1 di Bangunan  Centre for Academic Information Services (CAIS L1) mengalami gangguan teknikal. Oleh yang demikian, pengoperasian lif No.1 berkenaan terpaksa dihentikan bermula pada 15 Oktober 2015 (Khamis) sehingga  17 Oktober 2015(Sabtu) manakala pengoperasian lif No.2 masih beroperasi seperti biasa .Ini adalah berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor lif di bangunan tersebut.
Dengan ini dimaklumkan bahawa PKMA akan ditutup pada 14 Oktober (Rabu) bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1437. PKMA akan dibuka semula seperti biasa keesokkan harinya.
Image
Kami memohon supaya semua pengguna PKMA supaya menjaga kebersihan PKMA. Ini yang kami dapati pada masa penutupan PKMA malam tadi. Malahan juga didapati tong sampah tuala wanita didalam tandas juga penuh dengan sampah. Keadaan seperti didalam gambar ini bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.  Keadaan ini mengu ndang kehadiran makluk perosak yang bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga mengundang bahaya kepada bahan-bahan di PKMA kerana sebahagian daripadanya akan menggigit peralatan eletrik dan komputer dan juga ada yang akan menyelongkar rak dan menggigit buku-buku yang sedia ada sehingga menyebabkan buku rosak dan tidak dapat digunakan. Kami memohon kerjasama semua dalam menjaga kebersihan PKMA. Perkara ini juga bukanlah bagi kepentingan kami tetapi bagi kepentingan anda sendiri supaya dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan selesa. Sepertimana dahulu aturan tidak boleh membawa beg ke dalam PKMA adalah disebabkan
Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan yang dihormati. Sukacita dimaklumkan bahawa pengguna boleh mengakses kepada Pangkalan Data Atas Talian ProQuest New Platform ( Subjek: Business dan Social Sciences) dan EBSCO Information Services (EBSCOhost Research Databases : Academic Search Complete, Art & Architecture Complete, Business Source Complete, Computers & Applied Sciences Complete, eBook Collection (EBSCOhost), Engineering Source, ERIC, Film & Television Literature Index with Full Text dan sebagainya) dan eBooks Mobile App melalui  laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ pada ruangan "HIGHLIGHTS", klik pada Malaysian Citation Centre dan pilih" Pangkalan Data" pada menu utama ATAU melalui laman web Pusat Sitasi Malaysia (PSM) di Url: mycc.my pada menu "Pangkalan Data". Pangkalan data ini boleh diakses menggunakan username dan katalaluan seperti dibawah. Username:   memunimas1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik Dengan  hormatnya perkara di atas  dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa  Akses Percubaan kepada e-Marefa telah diaktifkan sehingga 10 November 2015 . Maklumat mengenai e-Marefa adalah seperti dilampirkan dalam emel versi Bahasa Inggeris di bawah. Tuan/puan digalak untuk mengguna sumber ilmu tersebut melalui laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ .  Sila klik pada ruangan "Latest News". Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi PKMA melalui emel mailto:cais@unimas.my Sekian, terima kasih. _________________________________________________________________________________ Ladies and gentlemen Please be informed that the  trial for e-Marefa has been activated on 1st October through 10th  November 2015. Brief information about e-Marefa: E-Marefa is a leading digital Arabic database which complies with the international bibliographic standards (e.g.,
Image
Catalogue Card found in Lawas Public Library. 1st generation of library access catalogue. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.. Perkongsian yang amat menarik. Anda sekarang mencari bahan di perpustakaan hanya secara online iaitu dengan menggunakan pangkalan data atas talian. Cuba anda bayangkan sebelum ini ada kena cari menggunakan kad katalog seperti ini. Adakah anda dapat mencari buku itu pada masa itu juga jika anda memerlukan buku itu dengan kadar segera? Dengan itu kami berharap semua warga Unimas gunakanlah perkhidmatan pencarian bahan kami iaitu "CAIS ONESEARCH" yang boleh diakses melalui  www.cais.unimas.my  . Bukan sahaja senang tetapi juga ia menjimatkan masa anda kerana sekarang semua bahan termasuk bahan "online" yang di"subscribe" oleh PKMA juga boleh dicari disitu. Dengan pencarian ini anda tidak akan membuang masa berlebihan dengan pencarian dirak dan ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuk juga di keselesaan r
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dalam usaha memperkukuhkan lagi perkhidmatannya dalam menyokong kemajuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan telah menambahkan satu lagi inisiatif iaitu memperluaskan maklumat mengenai Perkhidmatan Bibliometrik. Usaha ini adalah untuk mempertingkatkan visibiliti hasil-hasil penerbitan dan sitasi UNIMAS dengan penyediaan maklumat-maklumat yang mampu dijadikan rujukan kepada pensyarah dan penyelidik. Maklumat-maklumat yang disediakan, antara lain adalah: · Bibliometric Study by MOSTI · UNIMAS Niche Area: Publications in Quartile Ranking and Impact Factor in Scopus · Journals Subscribed by CAIS 2015 : Quartile Ranking and Impact Factor · Journals Subscribed by CAIS 2015 : Indexed in Scopus and ISI WoS · How to search impact factor & quartile journals · How to determine your H-Index