Posts

Showing posts from September, 2014

Majlis Penyerahan Bahan Bacaan

Image
Majlis Penyerahan Bahan Bacaan  Pusat Khidmat Maklumat Akademik  telah mengadakan Majlis Penyerahan Bahan Bacaan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak bagi  fasa kedua dan Perpustakaan Kem Penrissen bagi kali pertama pada Jumaat lepas 19 September 2014. Sebanyak 68 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak dan 57 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Kem Penrissen. Ia merupakan Program Khidmat Masyarakat di bawah Unit Promosi & Antarabangsa dengan kerjasama Kelab PKMA. Tujuan program sebegini diadakan adalah untuk mewujudkan satu jalinan  kerjasama pintar bagi mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan khidmat PKMA kepada komuniti luar . Sebagai Pusat Khidmat Maklumat Akademik, PKMA ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu pengetahuan serta bacaan santai kepada komuniti di luar sana bagi menggalakkan masayarakat yang cintakan ilmu. Sumber bahan bacaan untuk disumbangkan bagi Program Khidmat Komuniti PKMA diperolehi daripada Donation Book
Image
Jika perlukan bahan cari dulu di Web Opac yang disediakan. Ini untuk memudahkan anda. Jangan menyelongkar rak yang menyebabkan semua pengguna tidak dapat melakukan pencarian selepas anda.
Image
Peringatan!  Jangan leka dengan barang-barang anda ketika berada di PKMA. Sikap leka ini boleh membawa padah kepada anda sendiri. Perkara ini berulang kali kami jumpa di sekitar bangunan PKMA. Inilah diantara sebab yang mengakibatkan kehilangan harta benda saudara suadari. kehilangan ini amat sukar dikesan kerana pengguna amat ramai menggunakan perkhidmatan kami.  Pengguna diharap memberikan kerjasama supaya tidak meninggalkan barang anda sewenangnya supaya dapat menjaga keharmonian bersama. Diharap menjadi iktibar dan teladan.
Image
PKMA kembali ceria. Pelajar kembali memeriahkan semua pelusuk bangunan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Nasihat kami gunakan semua kemudahan dengan berhemah. Jaga pergaulan supaya tidak mengganggu rakan anda yang sedang  khusyuk mentelaah. Jika perlukan tempat yang lebih privasi gunakan kemudahan bilik Karel atau bilik perbincangan yang ada. Jika perlukan bahan cari dulu di Web Opac yang disediakan. Ini untuk memudahkan anda. Jangan menyelongkar rak yang menyebabkan semua pengguna tidak dapat melakukan pencarian selepas anda. Mohon juga kerjasama supaya menggunakan kad pelajar. Dilarang membawa makanan ke dalam PKMA. Hanya air mineral sahaja dibenarkan. Mohon beri kerjasama apabila beg diperiksa.  Kami membenarkan anda semua untuk makan di kawasan student lounge dan bilik belajar 24 jam.  Diharap semua mendapat manafaat dari kemudahan yang kami berikan. Jika masih mempunyai pertanyaan sila jangan malu untuk bertanya dengan kakita
Salam Sejahtera dan Salam UNIMAS Ku Sayang, Kepada Para Pengguna yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa Akses Percubaan IOS Press Ebooks telah diaktifkan  sehingga 8 Oktober 2014. Sehubungan itu para pengguna adalah digalak untuk mengguna sumber ilmu tersebut melalui laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ pada ruangan "Latest News". Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi PKMA melalui emel cais.unimas.my. Sekian, terima kasih dan harap maklum. ********************************************************************************* Greetings from CAIS.. Dear valued users, Please be informed that CAIS is currently having a trial access to IOS Press Ebooks starting now until 8th October  2014. In order to use the resources, please visit our CAIS Homepage  http://www.cais.unimas.my/ at the Latest News column. For more information please contact CAIS via email cais.unimas.my Thank you and happy browsing.

Virtual Tour PKMA

Satu video Virtual Tour Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah dimuat turun ke Youtube. Video ini memaparkan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS bagi semua pengguna Pusat. Video yang berguna untuk semua pengguna terutama sekali bagi pengguna baru yang pertama kali menjejaki kaki ke Pusat. Anda semua boleh melihat video tersebut melalui link dibawah: http://www.youtube.com/watch?v=kpaK40RhfDM&feature=youtu.be
Hari ini 02 September 2014 bermakna hanya tinggal 23 hari lagi Seminar Kepustakawanan akan dijalankan. Masih belum terlambat lagi bahgi anda yang mahu menyertai. Silalah berhubung dengan Pihak Urusetia untuk makluman dan pendaftaran anda. Kami menunggu kehadiran saudara dan saudari Senarai Nama Pembentang Seminar Kepustakawanan 2014 Sesi 1 : Sumber Ilmu 1. Koleksi Teras Akademik Perpustakaan Universiti Malaya Y.Bhg. Datin Komodhi Thaiveegan Perpustakaan Universiti Malaya 2. Koleksi Dokumen : Sebuah Koleksi Unik@PTSL Pn. Norbaizura Hj. Malek Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Inisiatif Digital Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak : Repositori Institusi En. Kiprawi bin Sani Perpustakaan Politeknik Kuching Sesi 2 : Sistem & ICT 1. Pencarian Sehenti Repositori Institusi En. Salleh Hudin Perpustakaan Universiti Utara Malaysia 2. Discovery Service as One Stop Information Service Cik Sarifah Abdullah Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pendaftaran pelajar baru ke Unimas masih lagi berlangsung pada hari ini. Semua penuh semangat untuk meneruskan pelajaran ke menara gading. Teruskan usaha ini mahasiswa dan mahasiswi sekalian sehingga ke akhir pengajian. Dengan ini juga pihak PKMA mengucapkan selamat datang ke Unimas dan selamat menempuh alam pembelajaran yang baru dan berlainan dari belum ini. Selamat mengikuti Minggu Aluan Pelaj ar. Jadikan Minggu ini sebagai Minggu untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai Unimas dan kursus yang akan dipelajari. Selepas itu anda akan didedahkan dengan perkhidmatan PKMA, iaitu sebuah pusat sumber maklumat bagi semua pengajian di Unimas. Jangan lupa untuk mencuba perkhidmatan kami dan menggunakan dengan sebaiknya. Kami tahu perkhidmatan kami ini akan dapat membantu anda semua dalam mencari maklumat bagi kertas kerja, assigment dan sebagai. SELAMAT DATANG KE UNIMAS.