Posts

Showing posts from May, 2017

Program Cinta Ilmu 2017

Image
Program Cinta Ilmu merupakan program CAIS bersempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Tarikh 23 - 30 April setiap tahun telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, semenjak tahun 1996. Objektif program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta. Di samping itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai wujudnya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Pada tahun ini, program Cinta Ilmu telah diadakan pada 27 April 2017. CAIS mula mengadakan Program Cinta Ilmu pada tahun 2016. Program ini telah bekerjasama dengan UNIMAS Publisher bagi aktiviti Bedah /Bicara Buku dan Pelancaran Buku Baharu oleh UNIMAS Publisher. Pada tahun ini , Program Cinta Ilm