Posts

Showing posts from April, 2017

Adakah pelajar menggunakan PERPUSTAKAAN secara optima?

Image
PERPUSTAKAAN (CAIS) : SEJAUH MANA PELAJAR MENGGUNAKANNYA?? Dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi, namun peranan perpustakaan masih relevan dengan arus pembangunan dan teknologi. Tidak dinafikan dengan kemudahan ICT semuanya di hujung jari, tapi adakah kita menggunakan sumber dengan cara yang betul dan berbaloi. Penulisan saya kali ini adalah untuk membuka mata dan minda pengguna perpustakaan. Seringkali apabila ditanya berapa kerap anda ke library? Jawapan yang selalu diterima adalah jarang, kadang-kadang dan ada juga yang menyatakan tidak pernah hadir ke perpustakaan. Kebiasaannya perpustakaan akan sesak bila tiba musim peperiksaan. Adakah anda hanya membuat rujukan hanya pada masa-masa kecederaan? Sila baca hingga habis apa yang saya akan kongsikan di sini. Perpustakaan adalah sebuah tempat di mana sumber ilmu sama ada bercetak atau secara elektronik disediakan. Di CAIS, kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dan pengguna CAIS secara perc