Posts

Showing posts from August, 2018

Bengkel Hala Tuju Jurnal-Jurnal UNIMAS 2018

Image
Bengkel Hala Tuju Jurnal-Jurnal UNIMAS 2018 telah diadakan pada 14 Ogos 2018 bertempat di Makmal Santubong Aras G CAIS. Dengan tema "Strategic  Management of Scholarly Journals" bengkel ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada penulis-penulis jurnal UNIMAS daripada pelbagai fakulti. Bengkel ini merupakan anjuran Unit Jurnal UNIMAS Publisher dengan kerjasama Pusat Sitasi Malaysia. CAIS menyediakan kemudahan ruang iaitu makmal komputer bagi menyokong kelancaran bengkel tersebut. Ucapan aluan oleh Pengarah CAIS peserta-peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UNIMAS Peserta khusyuk mendengar penerangan Fasilitator bagi bengkel ini ialah PM Dr. Zuraidah Abdul Manaf, Pengarah Pusat Sitasi Malaysia. Antara yang diterangkan dalam bengkel tersebut adalah isu dan cabaran penerbitan ilmiah, cabaran dalam penerbitan jurnal, ciri-ciri atau kriteria jurnal, tips dan panduan kepada penulis, peer review , jurnal yang diindex, bagaimana menjadi