Posts

Showing posts from September, 2015
Image
‪#‎ liveupdate‬  masih tidak terlambat lagi bagi anda semua untuk mengikuti Hari Bersama Pelanggan PKMA. Majlis akan tamat pada pukul 5 petang nanti. Silalah hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PKMA.
Image
Diantara aktiviti Hari Bersama Pelanggan PKMA pada hari ini. Bersama -sama kita meriahkan Hari bersama Pelanggan PKMA
Image
Diantara tentatif Hari Bersama Pelanggan PKMA pada hari ini adalah Jualan buku teks kegunaan pelajar Unimas oleh pihak MyBookStore. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya yang hanya ada pada hari ini sahaja. Marilah bersama-sama hadir hari ini!!!
Jangan lupa temujanji kita esok ke Hari Bersama Pelanggan di PKMA. Pelbagai aktiviti menarik seperti: 1. Quiz 2. Jualan buku dari Mybookstore dan Azam Ceria,   3. Kaunter penerangan CAIS Onesearch,   4. Kaunter pengaktifan kad dan pelbagai lagi. Jangan ketinggalan !!! Marilah bersama kita meriahkan!! Datanglah beramai-ramai ke Lobi PKMA dari Jam 9 pagi sehingga 5 petang!
Hari Bersama Pelanggan  PKMA 2015 akan berlangsung pada 30 September 2015 (RABU) bermula dari 9 pagi - 5 petang. Tapak majlis adalah di Lobi PKMA. Ia untuk memberi peluang kepada pelanggan Pusat Khidmat Maklumat Akademik(PKMA) , khususnya memberikan maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan dan kemudahan PKMA semasa berurusan Pelanggan juga  boleh mengemukakan aduan/cadangan positif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan. PKMA juga akan menyampaikan maklumat mengenai peranan dan fungsi  PKMA serta perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PKMA Kesemua warga Unimas dijemput untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut. Pelbagai atucara telah diatur bagi memeriahkan Hari Bersama Pelanggan iaitu: 1. Kaunter Bayaran Denda – Kepada pengguna yang dikenakan denda kerana lewat memulangkan bahan 2. Pengaktifan Kad Pelajar Baharu – Sasaran kepada pelajar baharu untuk mengaktifkan kad aga rboleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan. 3. Photo Booth –Aktiviti  santai be
Makluman dari Naib Canselor Unimas mengenai isu jerebu: Dearest students and staff, due to the worsening haze situation affecting Kota Samarahan and Kuching and the media release by the Department of Education on clo sure of schools in both districts, the university has issued the following statement: Kenyataan Rasmi UNIMAS berkaitan situasi Jerebu di Kuching dan Kota Samarahan 27 Sept 2015 Merujuk kepada situasi terkini berkaitan indeks pencemaran udara di kawasan Kuching dan Kota Samarahan, UNIMAS mengambil keputusan untuk: a) membatalkan atau menangguhkan semua aktiviti luar universiti sehingga keadaan mengizinkan b) meneruskan urusan pentadbiran dan pengajaran-pembelajaran seperti yang dijadual Semua pelajar dan staf dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan masing-masing, seperti: a) kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu b) memakai penutup hidung dan mulut ketika di luar bangunan, terutamanya un
Image
Makluman terkini penutupan sekolah. Sekarang termasuk juga Pahang dan Tanjung Malim Perak.
Image
Please visit  www.cais.unimas.my  for more information
YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan  PKMA sedang mengadakan satu kaji selidik berkenaan dengan Perolehan Pangkalan Data Sumber Elektronik terpilih secara Pay Per View (PPV). Pay Per View (PPV) berkonsepkan dimana setiap artikel yang dimohon oleh pengguna; PKMA akan membantu dari segi mendapatkan artikel tersebut. Pembayaran bagi setiap artikel yang dimohon oleh pengguna juga akan diuruskan oleh PKMA. Pengguna tidak akan dikena sebarang caj. Sehubungan itu maklum balas daripada responden adalah diperlukan untuk membantu PKMA dalam penyediaan cadangan kertas kerja berkaitanPay Per View (PPV) ini.   Sila klik pada pautan berikut untuk mengisi kajian tersebut http://goo.gl/forms/3bHCw70gcp . Tempoh maklum balas bermula dari hari ini sehingga 21 September 2015.   Kerjasama dari YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan k
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Adalah dengan ini PKMA akan ditutup pada 12 September 2015 (Sabtu) bersempena dengan Hari Keputeraan TYT Sarawak. PKMA akan beroperasi semula seperti biasa keesokkan hari nya. Sekian, Terima Kasih.
Image
Mohon semua untuk berhati-hati semasa musim jerebu yang semakin kritikal ini. Ikuti nasihat kesihatan dari  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA . dan kurangkan aktiviti luar.
Image
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati, Sukacita dimaklumkan  PKMA sedang mengadakan Pameran Kemerdekaan bertempat di Aras Mezzanine PKMA mulai 28 Ogos sehingga 18 September 2015. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran buku-buku , artikel , tokoh-tokoh  dan tayangan bahan media (filem & muzik) mengenai kemerdekaan.   Bulan Ogos dan September merupakan bulan bersejarah buat negara kita yang tercinta. Ogos adalah sinonim dengan bulan kemerdekaan, manakala 16 September 1963 pula menempa sejarah dalam penubuhan Malaysia. Pada pada tahun  2015 ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-58 dan hari Malaysia yang ke-52. Sabah dan Sarawak merdeka pada hari penubuhan Malaysia. Tuan/puan dijemput untuk meluangkan masa untuk melawat tapak pameran ini, yang dibuka setiap hari, bermula 28 Ogos hingga 18 Sept 2015. Sekian, terimakasih.  _________________________________________________________
Image
Sila guna kemudahan PKMA dengan berhemah. Aktiviti yang tidak bermoral ini mencacatkan lagi kemudahan PKMA sekaligus boleh merosakkan kemudahan PKMA. Jika rosak kemudahan semakin berkurangan dan pelajar sesama sendiri terpaksa berebut untuk mengunakan kemudahan yang semakin sedikit.
Image
Satu slot dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah diadakan semasa Minggu Aluan Pelajar baru UNIMAS (4 September 2015) bertempat di Arena Gemilang DeTAR Putra. Seramai 3800 pelajar baru UNIMAS telah mendaftar. Tayangan Video CAIS Virtual dan pengenalan kepada pencarian bahan CAIS OneSearch diterangkan kepada pelajar. Sesi soal jawab sangat memberansangkan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baru UNIMAS.