Posts

Showing posts from November, 2017

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS

Image
Oleh Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan & Habibah Binti Matadi, Pembantu Pustakawan Kanan, CAIS, UNIMAS Bengkel ini telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 November 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, CAIS. Ianya telah dikendalikan oleh Encik Md. Razib Bin Karno, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sepanjang bengkel ini para peserta telah didedahkan dengan kepentingan dan gambaran secara keseluruhan mengenai perlombongan data perpustakaan, termasuk konsep perlombongan data itu sendiri, manakala teknik-teknik perlombongan seperti  decision trees, statistical data mining  dan  clustering process  juga diterangkan di dalam bengkel ini. Selain daripada itu para peserta juga dikongsikan dengan maklumat mengenai cara menganalisa data perpustakaan untuk  ROI ,  pengurusan koleksi, pengurusan staf, subjek popular,  trends  dan pola penggunaan perpustakaan, di samping