Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS



Oleh Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan & Habibah Binti Matadi, Pembantu Pustakawan Kanan, CAIS, UNIMAS




Bengkel ini telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 November 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, CAIS. Ianya telah dikendalikan oleh Encik Md. Razib Bin Karno, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sepanjang bengkel ini para peserta telah didedahkan dengan kepentingan dan gambaran secara keseluruhan mengenai perlombongan data perpustakaan, termasuk konsep perlombongan data itu sendiri, manakala teknik-teknik perlombongan seperti decision trees, statistical data mining dan clustering process juga diterangkan di dalam bengkel ini.



Selain daripada itu para peserta juga dikongsikan dengan maklumat mengenai cara menganalisa data perpustakaan untuk ROIpengurusan koleksi, pengurusan staf, subjek popular, trends dan pola penggunaan perpustakaan, di samping mempelajari bagaimana memilih data yang sesuai untuk analisa bagi proses persediaan perlombongan data.


Seramai 40 orang peserta yang disasarkan hadir dan mendapat manfaat daripada bengkel selama dua hari ini. Banyak maklumbalas positif diterima, hasil perkongsian dan penyampaian maklumat yang berkesan daripada fasilitator tersebut telah memberi pemahaman dan ruang untuk keperluan meningkatkan mutu perkhidmatan dan pembangunan koleksi.


Bengkel ini telah mencapai objektifnya kerana pengalaman dan kemahiran yang dikongsikan oleh fasilitator itu sendiri telah memberi gambaran dan penerangan yang jelas mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh CAIS untuk perancangan pada masa terdekat dan masa akan datang.




Diterbitkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) | Librarians Association of Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC