Posts

Showing posts from January, 2018

Gotong-Royong di CAIS Pra Uni

Image
Semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa perlu dipupuk sejak awal lagi.  Pusat  Khidmat  Maklumat Akademik   ( CAIS ) Cawangan Pra-Universiti telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pelajar Tahun 1 Program Perubatan pada 29 November 2017 yang lalu. Seramai 11 orang pelajar  dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Aktiviti gotong-royong ini sememangnya tidak mendatangkan faedah berbentuk wang dan kebendaan, tetapi aktiviti ini adalah bertujuan untuk menerapkan sifat kesukarelawan di dalam diri, di samping memupuk sikap menjaga kebersihan persekitaran serta melatih kerjasama dalam satu kumpulan.   Aktiviti ditangguhkan  pada jam 5 petang dengan jamuan minum petang dari pihak CAIS sebagai tanda menghargai usaha sukarelawan yang terlibat.

CAIS lebih ceria

Image
CAIS lebih ceria Beberapa sudut di dalam CAIS telah dicat semula dengan warna-warna yang lebih menyerlah bagi menceriakan suasana. Antara ruang-ruang yang telah dicat semula adalah kawasan pintu utama CAIS, Bilik 24/7, ruang menunggu lift, CAIS OneSearch area, kaunter-kaunter CAIS dan bilik rehat pelajar. Aktiviti keceriaan ini telah dilaksanakan oleh staf CAIS dari pelbagai unit. mengecat dinding ruang pintu utama CAIS mengecat ruang CAIS OneSearch mengikis & mengopek cat yang rosak mengecat dinding sudut CAIS OneSearch Aras 1 mengecat ruang  Student Lounge aktiviti menegecat Bilik 24/7 membersihkan i-counter Staf- staf CAIS telah berganding bahu bergotong-royong menceriakan dinding-dinding di CAIS agar kelihatan lebih ceria. Ini diharap akan menarik minat dan mood pelajar untuk menelaah di dalam CAIS.