Posts

Showing posts from December, 2017

MAJLIS KHAS KETUA PUSTAKAWAN BERSAMA WARGA CAIS

Image
Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan pertama UNIMAS. Beliau melapor diri di  UNIMAS pada 13 Mei 1993 dan merupakan salah seorang staf perintis yang memegang nombor ke-16. Mempunyai latarbelakang  bidang ekonomi, beliau tidak menduga akan menceburi bidang kepustakawanan. Semuanya bermula apabila beliau dihantar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepustakawanan pada tahun 1980. Pada tarikh 11 Oktober 2017  pada usia 60 tahun,  tibalah masanya beliau bersara . Satu majlis khas telah diadakan bagi menghargai beliau. Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan yang sangat komited dengan kerjanya. Banyak kejayaan telah dicapai sepanjang beliau menerajui CAIS. "Kekurangan sumber ilmu pada masa dahulu menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan utama. Kebanyakan bahan adalah secara bercetak dan tiada kemudahan internet. Kini pustakawan perlu memainkan peranan yang penting bagi mengawal lambakan maklumat yang boleh diakses oleh pengguna secara