Hari Bersama Pelanggan  PKMA 2015 akan berlangsung pada 30 September 2015 (RABU) bermula dari 9 pagi - 5 petang. Tapak majlis adalah di Lobi PKMA.

Ia untuk memberi peluang kepada pelanggan Pusat Khidmat Maklumat Akademik(PKMA) , khususnya memberikan maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan dan kemudahan PKMA semasa berurusan Pelanggan juga  boleh mengemukakan aduan/cadangan positif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan. PKMA juga akan menyampaikan maklumat mengenai peranan dan fungsi  PKMA serta perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PKMA

Kesemua warga Unimas dijemput untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut.

Pelbagai atucara telah diatur bagi memeriahkan Hari Bersama Pelanggan iaitu:

1. Kaunter Bayaran Denda – Kepada pengguna yang dikenakan denda kerana lewat memulangkan bahan

2. Pengaktifan Kad Pelajar Baharu – Sasaran kepada pelajar baharu untuk mengaktifkan kad aga rboleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

3. Photo Booth –Aktiviti  santai bersama pengguna turut diadakan.

4. Gerai Jualan Buku – Pembekal buku luar akan mengadakan pameran dan jualan buku

5. Kuiz dan Permainan
(hadiah misteri ) turut disediakan

6. Sudut CAIS OneSearch – penerangan dan taklimat ringkas bagaimana pencarian bahan dapat dilaksanakan.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC