PUSAT KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
IKLAN KHIDMAT PELAJAR 


Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempelawa calon yang berkelayakan untuk dilantik bagi berkhidmat secara sambilan bagi menjalankan kerja-kerja penyusunan buku-buku di rak. Maklumat lanjut mengenai perkara ini adalah seperti berikut:


Maklumat Jawatan

Tempoh Lantikan : 3 bulan

Tarikh Mula Bekerja : 1 March 2015 -

Masa Bekerja :

Isnin - Khamis 9.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 - 5.00 petang

Jumaat 9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 – 6.00 petang

Penempatan : Unit Perkhidmatan Pelanggan


Deskripsi Tugas

1. Mengumpul dan menyisih buku-buku koleksi terbuka (nombor pengkelasan A hingga Z) yang telah digunakan.
2. Menyusun buku-buku di atas rak mengikut urutan nombor panggilan.
3. Membuat semakan bacaan rak



Pemberian Sagu Hati

Pemberian saguhati iaitu sebanyak RM200.00 sebulan dengan kadar RM2.50 sejam dengan minimum 3 jam bekerja pada satu-satu masa.



Syarat-syarat Permohonan:

1.Warganegara Malaysia
2.Pelajar Aktif Universiti Malaysia Sarawak
3.Memenuhi Pelan Pembelajaran yang ditetapkan oleh Universiti
4.PNGK Minima : 2.6
5.Keutamaan adalah kepada ahli Friends of CAIS


Syarat-syarat Lantikan

1. Lulus ujian tapisan yang dilaksanakan oleh PKMA
2. Berjaya dalam temuduga yang diadakan oleh PKMA
3. Keutamaan adalah kepada ahli Friends of CAIS


Cara Memohon

Pemohon dikehendaki mengisi Borang yang boleh dimuat turun di laman web PKMA di www.cais.unimas.my dan menghantar permohonan yang lengkap beserta :

1. Gambar berukuran passport;
2. Salinan sah Kad Pengenalan;
3. Salinan sah keputusan peperiksaan semester terkini
4. Salinan sah Pelan Pembelajaran yang dicetak daripada sistem
e-Pelajar

Permohonan lengkap hendaklah dimajukan menggunakan sampul A4 dan tuliskan jawatan yang dipohon dengan huruf besar pada ruangan atas sebelah kiri sampul berkenaan dan di alamatkan kepada :

Ketua Pustakawan
Pusat Khidmat Maklumat Akademik
Universiti Malaysia Sarawak
94300, Kota Samarahan Sarawak



Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Januari 2014 sebelum jam 12.00 tengahari.

Borang juga boleh didapati melalui link dibawah:

http://www.cais.unimas.my/media/media/pkma/BKP.pdf

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS