Assalamualaikum dan Salam sejahtera

YBhg Tan Sri/Dato'/Datu/Prof/Dr/Tuan/Puan yang dihormati

Universiti Malaysia Sarawak telah menubuhkan satu tabung khas, Tabung UNIMASku Sayang, untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Tabung ini dibuka sepanjang tahun, untuk memberi peluang kepada semua warga UNIMAS menyalurkan sumbangan berbentuk wang.

Sepertimana yang tuan/puan sedia maklum, kini negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung amat memerlukan bantuan. Tabung UNIMASku Sayang ini pertama kali akan digunakan untuk membantu kumpulan-kumpulan sasaran penduduk yang akan dikenalpasti terjejas akibat bencana alam yang menimpa mereka baru-baru ini.

Justeru itu, pihak universiti mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan/puan untuk meringankan beban mereka yang amat memerlukan. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui pindahan wang ke akaun berikut:

Nama Akaun: Universiti Malaysia Sarawak
No. Akaun: 80-0511503-0
Nama Bank: CIMB Bank (Jalan Satok, Kuching)

Untuk makluman, pengumpulan dana untuk bantuan banjir akan dikumpul sehingga 31 Januari 2015, untuk membolehkan kumpulan petugas UNIMAS membuat perancangan untuk pengagihan derma dari UNIMAS.

Sokongan dan bantuan murni dari tuan/puan amatlah dihargai.

Terimakasih dan salam hormat.

--------------------------------------------------------------------------------------

Greetings

UNIMAS has created a special relief fund called 'Tabung UNIMASku Sayang' to collect all monetary donations which will be channeled to those in need. The account for the fund is opened all year round, to enable all UNIMAS staff and students to donate any amount of money.

At this present moment, as you may be already aware of, the northern and east coast states in Peninsular Malaysia are badly affected by the floods. The first round of aid from the UNIMASku Sayang Fund will be disseminated to communities which will be identified by a special task force at the university.

We would like to invite you to contribute to the special relief fund, to ease the burden of those who are affected by calamities. The bank details are as follows:

Account Name: Universiti Malaysia Sarawak
Account No. : 80-0511503-0
Bank: CIMB Bank (Jalan Satok, Kuching)

For the purpose of fund dissemination for the flood victims in Peninsular Malaysia, the collection will be accepted until 31 January 2015. This is to enable a special taskforce at the university to plan and sort out the aid for those in need.

Thank you for your valuable support and kind cooperation.

Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Corporate Planning and Communications Division

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS