Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dalam usaha memperkukuhkan lagi perkhidmatannya dalam menyokong kemajuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan telah menambahkan satu lagi inisiatif iaitu memperluaskan maklumat mengenai Perkhidmatan Bibliometrik. Usaha ini adalah untuk mempertingkatkan visibiliti hasil-hasil penerbitan dan sitasi UNIMAS dengan penyediaan maklumat-maklumat yang mampu dijadikan rujukan kepada pensyarah dan penyelidik.

Maklumat-maklumat yang disediakan, antara lain adalah:
· Bibliometric Study by MOSTI
· UNIMAS Niche Area: Publications in Quartile Ranking and Impact Factor in Scopus
· Journals Subscribed by CAIS 2015 : Quartile Ranking and Impact Factor
· Journals Subscribed by CAIS 2015 : Indexed in Scopus and ISI WoS
· How to search impact factor & quartile journals
· How to determine your H-Index
· Impact journals in ISI WoS & Scopus
· UNIMAS Publication Report
· UNIMAS Publications in MyCITE & Journals in MyJurnal
· List of Predatory Publishers
· Institutional Memberships
· Information Repackaging

Pautan kepada Perkhidmatan Bibliometrik boleh diakses melalui:
Laman Web CAIS, www.cais.unimas.my, www.unimas.my , www.rimc.unimas.my & Sistem iRIS
Ianya  juga boleh diakses terus melalui linkini :  https://bibliometricservices.wordpress.com/
Pihak PKMA mengharapkan dengan inisiatif ini akan mampu menjadi salah satu rujukan utama kepada para pensyarah dan penyelidik Universiti.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pihak PKMA iaitu,

Wan Abdul Rahman Wan Bujang (wbwarahman@cais.unimas.my) ext: 3912
Nurul Syahfinaz Abdullah (nurul@cais.unimas.my) ext: 3916
Suhana Ibrahim (isuhana@cais.unimas.my) ext: 3915


Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS