Kami memohon supaya semua pengguna PKMA supaya menjaga kebersihan PKMA. Ini yang kami dapati pada masa penutupan PKMA malam tadi. Malahan juga didapati tong sampah tuala wanita didalam tandas juga penuh dengan sampah. Keadaan seperti didalam gambar ini bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. 

Keadaan ini mengundang kehadiran makluk perosak yang bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga mengundang bahaya kepada bahan-bahan di PKMA kerana sebahagian daripadanya akan menggigit peralatan eletrik dan komputer dan juga ada yang akan menyelongkar rak dan menggigit buku-buku yang sedia ada sehingga menyebabkan buku rosak dan tidak dapat digunakan.

Kami memohon kerjasama semua dalam menjaga kebersihan PKMA. Perkara ini juga bukanlah bagi kepentingan kami tetapi bagi kepentingan anda sendiri supaya dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan selesa.

Sepertimana dahulu aturan tidak boleh membawa beg ke dalam PKMA adalah disebabkan permasalahan seperti ini. Janganlah disebabkan kelalaian anda menyebabkan masalah ini dibebankan kepada semua warga pengguna PKMA.

Kami memohon supaya semua pengguna PKMA supaya bijak dalam menggunakan kemudahan di PKMA. Jangan sehingga kebenaran yang ada ditarik semula. Masalah nya nanti bukanlah kritikal bagi pihak kami tetapi ia akan meninggalkan kesan yang besar kepada semua pengguna PKMA.

Mohon supaya semua pihak bekerjasama dalam menggunakan kemudahan PKMA.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS