Program Cinta Ilmu 2017

Program Cinta Ilmu merupakan program CAIS bersempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Tarikh 23 - 30 April setiap tahun telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, semenjak tahun 1996.


Objektif program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta. Di samping itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai wujudnya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

Pada tahun ini, program Cinta Ilmu telah diadakan pada 27 April 2017. CAIS mula mengadakan Program Cinta Ilmu pada tahun 2016. Program ini telah bekerjasama dengan UNIMAS Publisher bagi aktiviti Bedah /Bicara Buku dan Pelancaran Buku Baharu oleh UNIMAS Publisher.

Pada tahun ini , Program Cinta Ilmu sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)


Majlis dimulai dengan gimik  perasmian dan pelancaran buku baharu daripada UNIMAS Publisher. Sebanyak 9 buah buku baharu telah dilancarkan semasa Program Cinta Ilmu 2017 yang lepas.


CAIS telah menerima sebanyak 877 naskah buku bertajuk " Sarawak Book of Amazing Facts and Records"sumbangan buku daripada Encik James Ritchie editor eksekutif  Sarawak Tribune. Buku-buku tersebut akan disumbangkan kepada organisasi sekitar Sarawak.


Bagi menyokong aktiviti Khidmat Komuniti CAIS, penyerahan bahan bacaan kepada beberapa sekolah terpilih juga turut diadakan. Ini bagi menyokong budaya membaca di kalangan komuniti sama ada di dalam atau di luar UNIMAS. Antara sekolah yang menerima sumbangan bahan bacaan semasa program tersebut ialah:

  • SK Tabuan , Kuching
  • SK Bako Kuching
  • SK Empila, Kota Samarahan
  • SK Semaba, Serian
  • SK St. Martin Kota Samarahan

  • SK Tabuan , Kuching

  • SK Bako Kuching

  • SK Empila, Kota Samarahan

  • SK Semaba, Serian


Seperti tahun sebelumnya, penyampaian Anugerah Peminjam Terbanyak 2016 mengikut kategori ; 

  • Pn. Anita Noh bagi kategori Staff Bukan Akademik
  • Cik Gan Hui Hong dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia kategori Pelajar Siswazah
  • Cik Fatin Zulaikha Zaidi dari  Fakulti Sains Sosial kategori Pelajar Prasiswazah.


Program Jom Baca 10 Minit diadakan tepat jam 10 pagi dan para jemputan turut sama menjayakan bacaan selama 10 minit tersebut.




Slot Bicara Buku  mengenai buku baharu bertajuk Teori Komunikasi Insan oleh Prof. Madya Mus Chairil & Prof. Madya Jeniri Amir telah dipengerusi-sesikan oleh Hj. Syahrul Nizam Junaini. Beberapa kupasan mengenai idea penulisan buku dan harapan penulis terhadap penerimaan pembaca telah dikongsikan.



Pada tahun ini juga  CAIS telah bertuah kerana pelajar-pelajar dari SK Empila Kota Samarahan sudi membuat persembahan Choral Speaking dan sesi bercerita oleh En. Anthony Pine, pelajar prasiswazah yang bertajuk "A Crocodile Named Tom."



Program Cinta Ilmu 2017 dimeriahkan lagi dengan aktiviti jualan buku dan peralatan ICT oleh beberapa pembekal tempatan dan UNIMAS Publisher. Selain itu juga terdapat pameran Peneraju Kecemerlangan CAIS, pameran bot penyelidikan untuk buaya dan ruang bergambar turut disediakan.




Pada sebelah petangnya pula, program diteruskan dengan bengkel pangkalan data IEEE Xplore oleh En. Edward Kennedy Senior IT Manager, United Technology (M) Sdn. Bhd.

Kehadiran Program Cinta Ilmu pada tahun ini cukup meriah dengan kehadiran tetamu datang.


CAIS berharap agar pada tahun-tahun yang mendatang, program seperti ini akan diteruskan bagi memberi galakan kepada komuniti UNIMAS khasnya dan komuniti luar umumnya sebagai galakan semangat membaca dan mencintai ilmu.



Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS