Adakah pelajar menggunakan PERPUSTAKAAN secara optima?

PERPUSTAKAAN (CAIS) :
SEJAUH MANA PELAJAR MENGGUNAKANNYA??


Dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi, namun peranan perpustakaan masih relevan dengan arus pembangunan dan teknologi. Tidak dinafikan dengan kemudahan ICT semuanya di hujung jari, tapi adakah kita menggunakan sumber dengan cara yang betul dan berbaloi.

Penulisan saya kali ini adalah untuk membuka mata dan minda pengguna perpustakaan. Seringkali apabila ditanya berapa kerap anda ke library? Jawapan yang selalu diterima adalah jarang, kadang-kadang dan ada juga yang menyatakan tidak pernah hadir ke perpustakaan. Kebiasaannya perpustakaan akan sesak bila tiba musim peperiksaan. Adakah anda hanya membuat rujukan hanya pada masa-masa kecederaan?

Sila baca hingga habis apa yang saya akan kongsikan di sini.

Perpustakaan adalah sebuah tempat di mana sumber ilmu sama ada bercetak atau secara elektronik disediakan. Di CAIS, kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dan pengguna CAIS secara percuma.

Adakah anda tahu kemudahan yang CAIS tawarkan?
Adakah anda sudah menggunakan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh CAIS?
Tepuk dada tanya minda.

Sebagai pelajar atau penyelidik, anda memerlukan banyak sumber rujukan yang diiktiraf kredibilitinya agar projek atau penyelidikan yang anda buat lebih bermakna dan diyakini. Kebanyakkan pelajar gemar menggunakan jalan pintas iaitu dengan cara Google. Adakah anda pasti bahan rujukan yang anda perolehi daripada sumber Google itu adalah sumber rujukan yang sahih??!

CAIS OneSearch.
Adakah anda biasa menggunakannya? ia merupakan kotak carian tunggal untuk mencari sumber maklumat CAIS dan menyeluruh. Anda boleh mengakses bahan bercetak ataupun bahan elektronik yang terdapat di CAIS, di Universiti Awam Malaysia atau di dari luar negara hanya dengan satu 'klik'.
Semuanya boleh dilakukan di hujung jari.

Pencarian bahan sumber ilmu seperti rujukan menjadi sangat mudah.


CAIS juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti CAIS Account bagi pengguna berdaftar CAIS, Permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL), Perkhidmatan Bibliometrik, Repositori Institusi, Sumber Elektronik  dan banyak lagi.

Pengguna CAIS juga boleh melayari sumber ilmu secara atas talian dengan menggunakan pautan E-Resources.

Pilihan di tangan anda. Semua sumber ilmu yang disediakan adalah sumber ilmu yang sahih dan diiktiraf. Sumber elektronik ini telah dilanggan dengan bayaran ratusan ribu ringgit. Menjadi satu pembaziran jika ianya tidak digunakan secara optima.

Oleh itu saya ingin menyeru agar semua pelajar UNIMAS khususnya agar bijak menggunakan perpustakaan dan sumber ilmu yang telah disediakan.

Sebarang pertanyaan, komen dan penambahbaikan bolehlah menghantar email kepada promosipkma@gmail.com atau cais@unimas.my.

Sekian ,terima kasih.









Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS