KEMBARA ILMU PKMA BERSAMA FAKULTI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!

NANTIKAN KAMI DI FAKULTI ANDA!!!


KEMBARA ILMU PKMA Bersama Fakulti


Warga Fakulti Sains Sosial & Fakulti Ekonomi & Perniagaan
kita jumpa 15 Mac 2017!!!
@ Student Lounge FEB jam 9 pagi hingga 4:30 petang

Warga Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif & Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
kita jumpa 17 Mac 2017!!!
@ Lobby Aras G Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi jam 9 pagi hingga 4:30 petang


Seperti tahun-tahun yang lepas, CAIS telah mengambil inisiatif untuk turun padang ke fakulti-fakulti untuk berkongsi dan menerangkan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.



Pada tahun ini sekali lagi kita akan mengadakan Program Kembara Ilmu PKMA bersama fakulti. Antara objektif program ini adalah:


  • ·         Mendekati warga fakulti bagi mengetahui tahap kepuasan terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat.

  • ·         Menyemai dan memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan ilmu dalam kalangan warga Fakulti

  • ·         Memperkenalkan modul literasi yang ditawarkan kepada pengguna

  • ·         Memantapkan ilmu pengetahuan bagi membolehkan pengguna mengenalpasti dan mencapai maklumat dalam pelbagai bentuk dan mengajar pengguna strategi pencarian maklumat dengan berkesan.

  • ·         Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat.

  • ·         Memupuk semangat kerjasama antara Pusat dan Fakulti (melalui pemulangan buku-buku yang telah tamat tempoh), sumbangan ke dalam UNIMAS IR.




Anda boleh menempah /memohon sesi Kembara Ilmu di Fakulti anda dengan menghubungi Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing atau menghubungi nombor seperti dalam infografik di atas.

 Semoga inisiatif CAIS ini memberi manfaat kepada warga UNIMAS amnya.

**Sekiranya anda mempunyai komen atau cadangan , bolehlah meninggalkan komen dan maklumbalas di ruangan di bawah.

Terima kasih.


  💓SMJ💓






Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC