ADAKAH ANDA MENGENALI CAIS ????

CAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan & kemudahan bukan sahaja kepada pelajar, malah terbuka kepada pensyarah, penyelidik dan staf pentadbiran.Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAIS adalah:


PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT

Unit ini terletak di Aras 1 CAIS utama. 
Unit ini ketuai oleh:


  1. Puan Norazlina Abd Rahman - Pustakawan Kanan
  2. Puan Habibah Matadi - Ketua Pembantu Pustakawan
  3. Puan Suhana Sharbini - Pembantu Pustakawan Kanan
  4. Puan Siti Norfazidah Man- Pembantu Pustakawan


Unit ini membantu pengguna dalam menerangkan perkhidmatan dan kemudahan di CAIS. Sekiranya terdapat soalan rujukan, atau temubual mengenai rujukan, pengguna dialu-alukan untuk bertanya kepada staf di unit tersebut.

Unit ini juga menawarkan sesi Pendidikan Pengguna 
Pelajar baharu biasanya akan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan CAIS, diikuti pula dengan lawatan CAIS Tour yang akan dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti. Lawatan ini dibuat untuk memastikan pelajar mendapat maklumat dan pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan sumber dan kemudahan secara efektif dan efisien.



CAIS juga menawarkan kelas Literasi Maklumat yang terbahagi kepada 5 modul:



Pengguna boleh memohon mana-mana modul pada bila-bila masa yang sesuai. Permohonan boleh dihantar kepada Pustakawan Penghubung Fakulti masing-masing atau secara terus ke Pustakawan Rujukan iaitu Puan Norazlina Abdul Rahman melalui emel : arnorazlina@unimas.my atau reference@cais.unimas.my






Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua.

💝💝💝💝
SMJ

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS