Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati

Untuk makluman, PKMA akan mengadakan "KEMBARA ILMU PKMA di PPB" [Pusat Pengajian Bahasa] pada 6 November 2015 (Jumaat) dan maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di bawah. Tujuan program ini dijalankan adalah:

· Untuk mendekatkan lagi pengguna kepada PKMA dan mengetahui perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.
· Mengendali semua peringkat pengguna di UNIMAS
· Bagi memastikan pengguna menggunakan kemudahan pencarian yang berkesan dan efisien.

Selain itu juga, PKMA ingin mendedahkan mengenai pengaktifan kad bagi staf-staf UNIMAS supaya mereka boleh menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKMA secara atas talian.

Sekiranya terdapat kemusykilan mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di PKMA bolehlah merujuk terus pada hari tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf UNIMAS. Semoga program Kembara Ilmu di PPB ini nanti akan memberi manfaat kepada warganya.

Warga fakulti berdekatan Pusat Pengajian Bahasa juga dijemput hadir

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS