Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, dipanjangkan pemakluman terkini daripada Kementerian Pendidikan Tinggi seperti berikut;
1. Nama Kementerian
Kabinet telah membuat keputusan pada 29 Julai 2015 bahawa nama rasmi Kementerian ini adalah Kementerian Pendidikan Tinggi.
2. Senarai Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
Menteri: YB Dato' Seri Idris bin Jusoh
Timbalan Menteri: YB Datuk Mary Yap Kain Ching
Ketua Setiausaha: YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
3. Penggunaan Jata Negara
Susulan daripada itu, penggunaan Jata Negara akan digunakan dalam urusan rasmi Kementerian. Penggunaan Jata Negara ini berkuatkuasa serta merta sehingga logo khusus direkabentuk.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Corporate Planning & Communications Department
Level 3 Chancellory
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
94300 Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia.

+6082581000
+6082665088
corporate@unimas.my
http://www.unimas.my | UNIMAS Expert Profile

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC