Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Tahukah anda bahawa Unimas mempunyai satu tempat perkongsian maklumat yang diberi nama UNIMAS WIKI.

UNIMAS WIKI dihasilkan bagi memberikan maklumat mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh UNIMAS melalui garapan dari semua warga UNIMAS.

YA! Garapan semua warga UNIMAS.. Maksudnya disini semua warga UNIMAS iaitu KAKITANGAN dan PELAJAR boleh menulis maklumat didalam UNIMAS WIKI. Antara contoh-contoh maklumat yang boleh dimasukkan dalah seperti aktiviti kelab, penyelidikan pensyarah, program kolej, aktiviti fakulti dan pelbagai lagi. Cuma dengan syarat maklumat maklumat yang ditulis hendaklah bersifat DESKRIPTIF.

Sistem UNIMAS WIKI adalah satu sistem yang menyerupai sistem WIKIpeadia. Kaedah pengisian maklumat juga mempunyai konsep yang sama.

Jika anda masih memerlukan maklumat yang lebih mendalam mengenai UNIMAS WIKI, anda boleh berhubung dengan Pustakawan Unit Perkhidmatan Maya iaitu En. Shahron b. Saman.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC