Masih kurang faham perkhidmatan yang disediakan di PKMA?
Menghadapi masalah dalam kaedah pencarian bahan yang bersesuaian?
Memerlukan bantuan dalam penggunaan Online database, ejournal, ebooks?
Tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai kaedah Citation?
Pihak PKMA boleh membantu. Kami mempunyai satu kelas yang dipanggil Kelas Literasi Maklumat yang diselenggara oleh Unit Rujukan di Tingkat 1 PKMA.
Kelas ini boleh diatur bersama dengan pihak Unit Rujukan bagi menentukan tarikh, tempat dan topik kelas. Kelas boleh diadakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Kelas juga boleh diadakan ditempat yang difikirkan perlu (keutamaan ini hanya kepada kelas secara kumpulan).
Silalah berhubung dengan Pustakawan Unit Rujukan Pn Norazlina Abd Rahman ntuk maklumat lanjut mengenai Kelas Literasi Maklumat ini.
Gambar adalah contoh Kelas Literasi Maklumat yang telah dianjurkan bagi Pelajar FSKPM bertempat di bangunan FSS pada 20 April yang lalu




Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC