Thursday, 13 November 2014







Para pengguna PKMA yang dihormati.

Kami memohon supaya semua pengguna untuk bertanggungjawab terhadap kemudahan yang disediakan di PKMA. Mohon jangan digunakan sambil lewa sehingga menyebabkan kerosakan pada kemudahan tersebut.

Juga kami memohon jasa baik semua pengguna supaya menjaga kebersihan di sekitar bangunan PKMA. ini apa yang dijumpai dikawasan tandas bersebelahan dengan student lounge sebentar tadi. Keadaan yang tidak sihat ini boleh mendatangkan mudarat kepada semua. Selain dari kotor, bau busuk meresap ke seluruh kawasan menyebabkan kawasan student lounge tidak selesa untuk diduduki.Selain itu juga ini boleh menyebabkan binatang perosak semakin berleluasa yang sekaligus boleh menyebabkan banyak lagi kerosakan terhadap peralatan dan buku-buku di PKMA.

Mohon kerjasama semua untuk menjaga kebersihan dan peralatan di PKMA untuk kebaikan semua.

No comments:

Post a Comment