Makluman dari Bahagian Penerbitan:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penerbitan atau Penerbit UNIMAS telah memulakan operasi jualan tunai harian buku ilmiah di Galeri Buku UNIMAS yang terletak di Aras G, Bgn Pusat Khidmat Maklumat Akademik atau PKMA. Sehubungan dengan itu, mohon sekiranya saudara dan saudari sekalian untuk memanjangkan maklumat ini di F/I/P/B saudara dan saudari sekalian. Buat permulaan, operasi harian akan bermula dari jam 0845 pagi hingga 0430 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Galeri akan ditutup pada Cuti Hujung Minggu dan Hari Kelepasan Am.

Pelbagai jenis kategori dan bidang buku akan diletak secara setempat di Galeri berkenaan. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat pelawat-pelawat dari F/I/P/B yang berhasrat untuk mendapatkan buku ilmiah UNIMAS adalah dialu-alukan untuk mengunjungi Galeri. Kerjasama saudara dan saudari sekalian dalam hebahan ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terimakasih.

Sekian, wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS