Posts

Showing posts from 2017

MAJLIS KHAS KETUA PUSTAKAWAN BERSAMA WARGA CAIS

Image
Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan pertama UNIMAS. Beliau melapor diri di  UNIMAS pada 13 Mei 1993 dan merupakan salah seorang staf perintis yang memegang nombor ke-16. Mempunyai latarbelakang  bidang ekonomi, beliau tidak menduga akan menceburi bidang kepustakawanan. Semuanya bermula apabila beliau dihantar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepustakawanan pada tahun 1980. Pada tarikh 11 Oktober 2017  pada usia 60 tahun,  tibalah masanya beliau bersara . Satu majlis khas telah diadakan bagi menghargai beliau. Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan yang sangat komited dengan kerjanya. Banyak kejayaan telah dicapai sepanjang beliau menerajui CAIS. "Kekurangan sumber ilmu pada masa dahulu menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan utama. Kebanyakan bahan adalah secara bercetak dan tiada kemudahan internet. Kini pustakawan perlu memainkan peranan yang penting bagi mengawal lambakan maklumat yang boleh diakses oleh pengguna secara

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS

Image
Oleh Wan Abdul Rahman Bin Wan Bujang, Pustakawan Kanan & Habibah Binti Matadi, Pembantu Pustakawan Kanan, CAIS, UNIMAS Bengkel ini telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 November 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, CAIS. Ianya telah dikendalikan oleh Encik Md. Razib Bin Karno, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sepanjang bengkel ini para peserta telah didedahkan dengan kepentingan dan gambaran secara keseluruhan mengenai perlombongan data perpustakaan, termasuk konsep perlombongan data itu sendiri, manakala teknik-teknik perlombongan seperti  decision trees, statistical data mining  dan  clustering process  juga diterangkan di dalam bengkel ini. Selain daripada itu para peserta juga dikongsikan dengan maklumat mengenai cara menganalisa data perpustakaan untuk  ROI ,  pengurusan koleksi, pengurusan staf, subjek popular,  trends  dan pola penggunaan perpustakaan, di samping 

Program Cinta Ilmu 2017

Image
Program Cinta Ilmu merupakan program CAIS bersempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Tarikh 23 - 30 April setiap tahun telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, semenjak tahun 1996. Objektif program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta. Di samping itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai wujudnya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Pada tahun ini, program Cinta Ilmu telah diadakan pada 27 April 2017. CAIS mula mengadakan Program Cinta Ilmu pada tahun 2016. Program ini telah bekerjasama dengan UNIMAS Publisher bagi aktiviti Bedah /Bicara Buku dan Pelancaran Buku Baharu oleh UNIMAS Publisher. Pada tahun ini , Program Cinta Ilm

Adakah pelajar menggunakan PERPUSTAKAAN secara optima?

Image
PERPUSTAKAAN (CAIS) : SEJAUH MANA PELAJAR MENGGUNAKANNYA?? Dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi, namun peranan perpustakaan masih relevan dengan arus pembangunan dan teknologi. Tidak dinafikan dengan kemudahan ICT semuanya di hujung jari, tapi adakah kita menggunakan sumber dengan cara yang betul dan berbaloi. Penulisan saya kali ini adalah untuk membuka mata dan minda pengguna perpustakaan. Seringkali apabila ditanya berapa kerap anda ke library? Jawapan yang selalu diterima adalah jarang, kadang-kadang dan ada juga yang menyatakan tidak pernah hadir ke perpustakaan. Kebiasaannya perpustakaan akan sesak bila tiba musim peperiksaan. Adakah anda hanya membuat rujukan hanya pada masa-masa kecederaan? Sila baca hingga habis apa yang saya akan kongsikan di sini. Perpustakaan adalah sebuah tempat di mana sumber ilmu sama ada bercetak atau secara elektronik disediakan. Di CAIS, kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dan pengguna CAIS secara perc

LATIHAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN: ACCESS DUNIA

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua... Jangan lepaskan peluang untuk menyertai latihan pangkalan data atas talian dari pihak pembekal Access Dunia. Butiran latihan adalah seperti Infografik di bawah: Latihan ini mengandungi 2 sesi; iaitu sesi pagi di CAIS dan sesi tengah hari di Fakulti Sains Kesihatan &   Perubatan. Springerlink:  Providing researchers with access to millions of scientific documents from  journals ,  books ,  series ,  protocols  and  reference works . ACM:  ACM, the world's largest educational and scientific computing society, delivers resources that advance computing as a science and a profession. ACM provides the computing field's premier Digital Library and serves its members and the computing profession with leading-edge publications, conferences, and career resources. Sekiranya anda berminat untuk menyertai latihan pangkalan data ini boleh la menghantar RSVP kepada  reference@cais.unimas.my  atau boleh terus w

Latihan Pangkalan Data Atas Talian: JSTOR

Image
Salam Sejahtera Pengguna CAIS yang dihormati; Satu Sesi latihan pangkalan data atas talian daripada pihak  pembekal bagi Pangkalan Data JSTOR akan diadakan seperti maklumat di bawah: Tarikh: 29 Mac 2017 Masa  : 2:15 petang Lokasi: Makmal Santubong, Aras G CAIS. Maklumat ringkas mengenai kandungan latihan adalah seperti berikut (dalam versi English) JSTOR is a digital  library of academic journals, books and primary sources. JSTOR helps people discover, use and build upon a wide range of content through a powerful research and teaching platform and preserves this content for future generations. JSTOR is a part of ITHAKA a non-profit-organization that also includes Ithaka  S+R and portico. Subject: Social Sciences, Humanities, Music, Literature Kepada warga Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Pengajian Bahasa & Pengajian Komunikasi jangan lepaskan peluang ini! Hadiri sesi latihan ini untuk mendapatkan banyak maklumat tentang JSTOR dan cara menggunakannya. Sekira

Sudahkah anda menjadi SAHABAT CAIS?? Jom sertai Friends of CAIS!

Image
Friends of CAIS merupakan kelab sukarelawan yang ditubuhkan oleh CAIS untuk memberi pendedahan kepada pelajar UNIMAS mengenai dunia kepustakawanan. Masih ramai yang tidak mengetahui tugas dan peranan Pustakawan kerana mereka beranggapan tugas Pustakawan hanyalah sekadar menyusun dan mengecop buku. Namun begitu sebenarnya tugas pustakawan adalah lebih dari itu. Antara objektif Friends of CAIS ditubuhkan ialah: i) memberi pengetahuan asas mengenai CAIS dan peranannya ii) memberi galakan untuk berkhidmat secara sukarela kepada CAIS iii) memberi latihan dan membina kemahiran dalam aspek perpustakaan iv) mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan penggunaan perpustakaan. Pelajar akan diajar cara-cara menyisih dan menyusun bahan sumber ilmu CAIS Ahli Friends of CAIS juga akan membantu aktiviti pameran pada acara tertentu.   — Membantu aktiviti pameran pada acara tertentu  ( memberi idea dan cadangan penamba