Sudahkah anda menjadi SAHABAT CAIS?? Jom sertai Friends of CAIS!
Friends of CAIS merupakan kelab sukarelawan yang ditubuhkan oleh CAIS untuk memberi pendedahan kepada pelajar UNIMAS mengenai dunia kepustakawanan. Masih ramai yang tidak mengetahui tugas dan peranan Pustakawan kerana mereka beranggapan tugas Pustakawan hanyalah sekadar menyusun dan mengecop buku. Namun begitu sebenarnya tugas pustakawan adalah lebih dari itu.
Antara objektif Friends of CAIS ditubuhkan ialah:
i) memberi pengetahuan asas mengenai CAIS dan peranannya
ii) memberi galakan untuk berkhidmat secara sukarela kepada CAIS
iii) memberi latihan dan membina kemahiran dalam aspek perpustakaan
iv) mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan penggunaan perpustakaan.
Pelajar akan diajar cara-cara menyisih dan menyusun bahan sumber ilmu CAIS
Ahli Friends of CAIS juga akan membantu aktiviti pameran pada acara tertentu.
Membantu aktiviti pameran pada acara tertentu (memberi
idea dan cadangan penambahbaikan)
Ahli turut membantu CAIS dalam aktiviti kempen dan promosi serta aktiviti-aktiviti keceriaan.
Membantu aktiviti keceriaan
CAIS bagi menyediakan ruangan
yang selesa dan kondusif.
Tempoh pinjaman buku dilanjutkan hingga tiga (3) minggu
Jumlah pinjaman buku 15 judul (tambahan 5 judul)
Jemputan menghadiri aktiviti/
seminar/ ceramah
yang dianjurkan oleh
CAIS secara percuma
Surat Lantikan akan dikeluarkan selepas 3
kali bertugas.
Comments
Post a Comment