MAJLIS KHAS KETUA PUSTAKAWAN BERSAMA WARGA CAIS
Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan pertama UNIMAS. Beliau melapor diri di UNIMAS
pada 13 Mei 1993 dan merupakan salah seorang staf perintis yang memegang nombor
ke-16. Mempunyai latarbelakang bidang ekonomi, beliau tidak menduga akan menceburi bidang kepustakawanan. Semuanya bermula apabila beliau dihantar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepustakawanan pada tahun 1980.
Pada tarikh 11 Oktober 2017 pada usia 60 tahun, tibalah masanya beliau bersara . Satu majlis khas telah diadakan bagi menghargai beliau.
Puan Margaret Simeng merupakan Ketua Pustakawan yang sangat komited dengan kerjanya. Banyak kejayaan telah dicapai sepanjang beliau menerajui CAIS.
"Kekurangan
sumber ilmu pada masa dahulu menjadikan perpustakaan sebagai tempat rujukan
utama. Kebanyakan bahan adalah secara bercetak dan tiada kemudahan internet.
Kini pustakawan perlu memainkan peranan yang penting bagi mengawal lambakan
maklumat yang boleh diakses oleh pengguna secara atas talian sama ada melalui
Google, media masa atau sebagainya. Cabaran pustakawan menjadi lebih rumit
untuk memandu pengguna supaya menggunakan maklumat yang betul dan sahih" (Margaret Simeng ,2017).
Majlis diserikan dengan dendangan lagu oleh staf CAIS iaitu Cik Dayang Norsheila dan petikan gitar oleh Encik Yakub.
Puan Margaret telah menerima 'Tudung Keringkam' sebagai tanda kenangan dari staf CAIS. |
Gambar kenang-kenangan bersama staf CAIS. |
Anak-anak muda
yang ingin menceburi bidang kepustakawanan perlulah aktif dan proaktif selari
dengan peredaran semasa dalam era digital. Mereka juga perlu bijak mengolah
fungsi dan peranan sebagai pustakawan agar lebih relevan (Margaret Simeng ,2017).
Bersama staf yang sedang & pernah bertugas di Unit Pentadbiran CAIS. |
Bersama pustakawan-pustakawan CAIS |
Majlis diakhiri dengan jamuan sempena persaraan dan hari lahir Puan Margaret Simeng.
Saat-saat 'clock out' terakhir.
Teruskan
perjuangan kita dalam membawa kejayaan kepada UNIMAS melalui sokongan kepada
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi universiti. Memperkasakan
lagi perkhidmatan dan kemudahan bagi semua cawangan CAIS. Kejayaan CAIS perlu
dilestarikan dan diperkasakan. Jutaan terima kasih kepada semua warga CAIS.
Kerjasama berpasukan menjadikan perkara
yang rumit menjadi mudah Dengan adanya kerjasama yang jitu maka CAIS berada di
tahap sekarang. Syabas CAIS!! (Margaret Simeng ,2017).
Comments
Post a Comment