Majlis Penyerahan Bahan Bacaan





Majlis Penyerahan Bahan Bacaan 





Pusat Khidmat Maklumat Akademik  telah mengadakan Majlis Penyerahan Bahan Bacaan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak bagi  fasa kedua dan Perpustakaan Kem Penrissen bagi kali pertama pada Jumaat lepas 19 September 2014. Sebanyak 68 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Komuniti Kg. Salak dan 57 judul bahan disumbangkan ke Perpustakaan Kem Penrissen. Ia merupakan Program Khidmat Masyarakat di bawah Unit Promosi & Antarabangsa dengan kerjasama Kelab PKMA.



Tujuan program sebegini diadakan adalah untuk mewujudkan satu jalinan  kerjasama pintar bagi mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan khidmat PKMA kepada komuniti luar . Sebagai Pusat Khidmat Maklumat Akademik, PKMA ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu pengetahuan serta bacaan santai kepada komuniti di luar sana bagi menggalakkan masayarakat yang cintakan ilmu. Sumber bahan bacaan untuk disumbangkan bagi Program Khidmat Komuniti PKMA diperolehi daripada Donation Book Station yang disediakan di pintu masuk PKMA sejak dari tahun lepas lagi.Buku-buku ini adalah sumbangan dari para pelajar, pensyarah dan staf UNIMAS. Selain itu, terdapat juga buku-buku yang dihadiahkan kepada PKMA oleh organisasi dan orang luar.


Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS