PKMA kembali ceria. Pelajar kembali memeriahkan semua pelusuk bangunan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.




Nasihat kami gunakan semua kemudahan dengan berhemah. Jaga pergaulan supaya tidak mengganggu rakan anda yang sedang khusyuk mentelaah. Jika perlukan tempat yang lebih privasi gunakan kemudahan bilik Karel atau bilik perbincangan yang ada.

Jika perlukan bahan cari dulu di Web Opac yang disediakan. Ini untuk memudahkan anda. Jangan menyelongkar rak yang menyebabkan semua pengguna tidak dapat melakukan pencarian selepas anda.

Mohon juga kerjasama supaya menggunakan kad pelajar. Dilarang membawa makanan ke dalam PKMA. Hanya air mineral sahaja dibenarkan. Mohon beri kerjasama apabila beg diperiksa. 


Kami membenarkan anda semua untuk makan di kawasan student lounge dan bilik belajar 24 jam. 

Diharap semua mendapat manafaat dari kemudahan yang kami berikan. Jika masih mempunyai pertanyaan sila jangan malu untuk bertanya dengan kakitangan kami. Mereka akan membantu anda.







Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS