Bengkel Hala Tuju Jurnal-Jurnal UNIMAS 2018


Bengkel Hala Tuju Jurnal-Jurnal UNIMAS 2018 telah diadakan pada 14 Ogos 2018 bertempat di Makmal Santubong Aras G CAIS. Dengan tema "Strategic  Management of Scholarly Journals" bengkel ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada penulis-penulis jurnal UNIMAS daripada pelbagai fakulti. Bengkel ini merupakan anjuran Unit Jurnal UNIMAS Publisher dengan kerjasama Pusat Sitasi Malaysia. CAIS menyediakan kemudahan ruang iaitu makmal komputer bagi menyokong kelancaran bengkel tersebut.

Ucapan aluan oleh Pengarah CAIS

peserta-peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UNIMAS

Peserta khusyuk mendengar penerangan

Fasilitator bagi bengkel ini ialah PM Dr. Zuraidah Abdul Manaf, Pengarah Pusat Sitasi Malaysia. Antara yang diterangkan dalam bengkel tersebut adalah isu dan cabaran penerbitan ilmiah, cabaran dalam penerbitan jurnal, ciri-ciri atau kriteria jurnal, tips dan panduan kepada penulis, peer review , jurnal yang diindex, bagaimana menjadikan jurnal berindex dan sebagainya.



Melalui penganjuran bengkel ini diharap dapat memberi idea dan panduan kepada penulis-penulis jurnal UNIMAS agar dapat menghasilkan jurnal yang berimpak dan menjadi rujukan kepada orang lain.



Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS