Catalogue Card found in Lawas Public Library. 1st generation of library access catalogue.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera..
Perkongsian yang amat menarik. Anda sekarang mencari bahan di perpustakaan hanya secara online iaitu dengan menggunakan pangkalan data atas talian. Cuba anda bayangkan sebelum ini ada kena cari menggunakan kad katalog seperti ini. Adakah anda dapat mencari buku itu pada masa itu juga jika anda memerlukan buku itu dengan kadar segera?
Dengan itu kami berharap semua warga Unimas gunakanlah perkhidmatan pencarian bahan kami iaitu "CAIS ONESEARCH" yang boleh diakses melalui www.cais.unimas.my . Bukan sahaja senang tetapi juga ia menjimatkan masa anda kerana sekarang semua bahan termasuk bahan "online" yang di"subscribe" oleh PKMA juga boleh dicari disitu. Dengan pencarian ini anda tidak akan membuang masa berlebihan dengan pencarian dirak dan ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuk juga di keselesaan rumah anda sendiri.
Jika masih tidak memahami penggunaan CAIS ONESEARCH anda boleh berhubung dengan UNIT RUJUKAN kami untuk kelas penggunaan CAIS ONESEARCH. Kelas-kelas bimbingan boleh dijalankan di PKMA atau dimana-,mana kawasan di dalam Unimas bagi kemudahan anda semua.
Atau jika anda masih juga tidak sempat untuk menghubungi UNIT RUJUKAN anda boleh hadir ke mana-mana program KEMBARA ILMU yang kami anjurkan di fakulti masing masing. Pustakawan yang ada akan sedia membantu anda dalam menggunakan CAIS ONESEARCH.
Semoga bermanafaat untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Online Database Training : CEIC

Bengkel Perlombongan Data Bibliografik Memberi Manfaat Kepada Pustakawan & Pembantu Pustakawan Di CAIS, UNIMAS