Pastikan payung yang dibawa diletakkan ditempat payung dengan teratur dan teliti.
Posts
Showing posts from 2015
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan/ Cik yang dihormati. Sukacita dimaklumkan bahawa Akses Percubaan kepada JaypeeDigital telah diaktifkan sehingga 31 Januari 2016. Maklumat Jaypee Digital adalah seperti di bawah (sila lihat versi email dalam Bahasa Inggeris). Jika anda berminat untuk menggunakan sumber ilmu ini, sila layari laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ pada ruangan "Latest News". Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi PKMA melalui emel kepada cais@unimas.my Sekian, terima kasih. ********************************************************************************* Ladies and Gentlemen The Trial access for JaypeeDigital has been activated until 31st January 2016 Jaypeedigital.com is one of the the FIRST Medical e-book platforms offering access to core medical text books, Professional books, surgical videos and Journals from various Indian and International Societies...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamulaikum & Salam Sejahtera, Berikut adalah penjenamaan semula nama-nama bagi makmal komputer PKMA. Pihak pengurusan telah bersetuju menerima cadangan nama berikut:. Makmal Komputer Tertutup Level G kepada Makmal Komputer Santubong Makmal Komputer Terbuka Level G kepada Makmal Komputer Sejinjang Makmal Komputer Terbuka Level 1 kepada Makmal Komputer Serapi Sekian, semoga dimaklumi.
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam UNIMAS Ku Sayang, YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan yang dihormati. Adalah dimaklumkan bahawa PKMA termasuk PKMA Cawangan (PKMA Perubatan, PKMA PraU & PKMA-ILF Sibu) akan ditutup selama dua hari iaitu pada: 24 Disember 2015 (Khamis) untuk Sambutan Maulidur Rasul dan 25 Disember 2015 (Jumaat) untuk Sambutan Hari Krismas. PKMA akan dibuka semula pada 26 Disember 2015 (Sabtu). Segala kesulitan yang timbul, amatlah dikesali. Sekian, harap maklum dan terima kasih. ********************************************************************************* Greetings to all Valued Users YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/ Mr./ Mdm./ Ms. Please be informed that CAIS including CAIS Branches (CAIS Medical, CAIS-PreU & CAIS-ILF Sibu) will be closed for two days due to Prophet Muhammad's S.A.W Birthday (Maulidur Rasul) on 24 December 2015 (Thursday) & Christmas Day ...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. MAKLUMAN PENTING!!! Emel dari ICT Service Desk mengenai jadual Network Refresh adalah dirujuk. Seperti yang telah ditetapkan dalam jadual sebelum ini, pada 19-20 Disember (Sabtu & Ahad), kesemua servis ICT di UNIMAS akan ditutup (network down). Sistem Millennium, IR, ILSEM, internet & WiFi tidak boleh digunakan sepanjang masa tersebut. Servis ICT akan kembali berfungsi pada 21 Disember (Isnin). Sekian, harap maklum.
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Dengan ini dimaklumkan bahawa Salid pembentangan dan full teks kertas kerja pembentangan Seminar Kepustakawanan 2015 telah dapat dibaca melalui laman web kami melalui pautan dibawah: http://www.cais.unimas.my/…/seminar-kepustakawanan-2015-pre… Jika anda menghadapi masalah terhadap link ini anda juga boleh m encuba dengan pergi ke laman web kami iaitu www.cais.unimas.my dan klik pada banner Seminar Kepustakawanan 2015. Diharap dengan perkongsian ini, ia akan membantu dalam percambahan ilmu dalam Pengurusan Maklumat dan tugasa anda seharian.
- Get link
- X
- Other Apps
Hanya tinggal beberapa hari lagi bagi Seminar Kepustakawanan 2015. Setakat ini terdapat 17 kertas kerja yang telah diterima bagi pembentangan didalam Seminar ini. Diantaranya adalah dari USIM, UiTM, UM, DBP, PNM dan banyak lagi Mari kita bersama-sama berkongsi maklumat didalam dunia Pengurusan Maklumat untuk memajukan industri kita. Kami menanti kehadiran anda sekalian .Untuk maklumat lanjut mengenai Seminar Kepustakawanan 2015. Tuan/Puan boleh klik link dibawah bagi Brocheru Seminar Kepustakawanan: http://www.cais.unimas.my/.../Semin.../BrochureSK2015-17.pdf
- Get link
- X
- Other Apps
Kepada adik-adik yang telah menduduki peperiksaan UPSR terimalah keputusan hari ini dengan tabah dan penuh kesyukuran. Kami tahu anda semua telah berusaha sedaya upaya dalam menduduki UPSR.Teruskan usaha ke peringkat yang seterusnya dan InsyaAllah dengan ketekunan dan dan usaha gigih adik-adik akan berjaya sehingga ke menara gading. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang Tahniah kami ucapkan. Tapi jangan berhenti sehingga disini sahaja. Teruskan usaha murni anda.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini adalah sidang terakhir Konvokesyen ke 19 Unimas. Tahniah diatas kejayaan saudara dan saudari sekalian. Memang ia akan menjadi kenangan kepada semua yang pernah bergelar mahasiswa. Bagi mereka yang telah bergraduat sebelum ini dan ingin mengimbau kenangan graduasi sebelum ini anda dapat melihat video graduasi anda di youtube melalui link https://www.youtube.com/playlist… . Ataupun anda boleh menaik konvokesyen unimas pada petak search. Tahniah kepada semua!
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati Untuk makluman, PKMA akan mengadakan "KEMBARA ILMU PKMA di PPB" [Pusat Pengajian Bahasa] pada 6 November 2015 (Jumaat) dan maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di bawah. Tujuan program ini dijalankan adalah: · Untuk mendekatkan lagi pengguna kepada PKMA dan mengetahui perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. · Mengendali semua peringkat pengguna di UNIMAS · Bagi memastikan pengguna menggunakan kemudahan pencarian yang berkesan dan efisien. Selain itu juga, PKMA ingin mendedahkan mengenai pengaktifan kad bagi staf-staf UNIMAS supaya mereka boleh menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKMA secara atas talian. Sekiranya terdapat kemusykilan mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di PKMA bolehlah merujuk terus pada hari tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf UNIMAS. Semoga program K...
- Get link
- X
- Other Apps
# liveupdate Sekarang sedang berlangsung Kembara Ilmu PKMA di BHEP. (Tempat menunggu bas bersebelahan dengan klinik Unimas)Banyak ilmu yang bermanafaat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PKMA. Selain itu terdapat juga jualan buku, permainan dan photo booth. Marilah bersama-sama kita memeriahkan program ini!!!
- Get link
- X
- Other Apps
Untuk makluman, PKMA akan mengadakan "KEMBARA ILMU PKMA di BHEP" pada 23 Oktober 2015 (Jumaat) dan maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di bawah. Tujuan program ini dijalankan adalah: · Untuk mendekatkan lagi pengguna kepada PKMA dan mengetahui perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. · Mengendali semua peringkat pengguna di UNIMAS · Bagi memastikan pengguna menggunakan kemudahan pencarian yang berkesan dan efisien. Selain itu juga, PKMA ingin mendedahkan mengenai pengaktifan kad bagi pelajar-pelajar & staf-staf UNIMAS supaya mereka boleh menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKMA secara atas talian. Sekiranya terdapat kemusykilan mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di PKMA bolehlah merujuk terus pada hari tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga UNIMAS. Semoga program Kembara Ilmu di BHEP ini nanti akan memberi manfaat kepada warganya. Sekian, terima kasih.
- Get link
- X
- Other Apps
Sukacita dimaklumkan bahawa pangkalan data Scopus telah dapat diakses melalui laman web PKMA di www.cais.unimas.my , klik Electronic Resources--klik Online Databases --Scroll ke "S" section dan klik click Scopus ------------ Scopus can now be accessed via CAIS website at www.cais.unimas.my , click Electronic Resources,--select online databases--Scroll to"S" section and click Scopus
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Dato' /Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman, perkhidmatan lif No.1 di Bangunan Centre for Academic Information Services (CAIS L1) mengalami gangguan teknikal. Oleh yang demikian, pengoperasian lif No.1 berkenaan terpaksa dihentikan bermula pada 15 Oktober 2015 (Khamis) sehingga 17 Oktober 2015(Sabtu) manakala pengoperasian lif No.2 masih beroperasi seperti biasa .Ini adalah berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor lif di bangunan tersebut.
- Get link
- X
- Other Apps
Kami memohon supaya semua pengguna PKMA supaya menjaga kebersihan PKMA. Ini yang kami dapati pada masa penutupan PKMA malam tadi. Malahan juga didapati tong sampah tuala wanita didalam tandas juga penuh dengan sampah. Keadaan seperti didalam gambar ini bukan sahaja menyakitkan mata tetapi juga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Keadaan ini mengu ndang kehadiran makluk perosak yang bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga mengundang bahaya kepada bahan-bahan di PKMA kerana sebahagian daripadanya akan menggigit peralatan eletrik dan komputer dan juga ada yang akan menyelongkar rak dan menggigit buku-buku yang sedia ada sehingga menyebabkan buku rosak dan tidak dapat digunakan. Kami memohon kerjasama semua dalam menjaga kebersihan PKMA. Perkara ini juga bukanlah bagi kepentingan kami tetapi bagi kepentingan anda sendiri supaya dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan selesa. Sepertimana dahulu aturan tidak boleh membawa beg ke dalam PKMA adalah diseba...
- Get link
- X
- Other Apps
Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan yang dihormati. Sukacita dimaklumkan bahawa pengguna boleh mengakses kepada Pangkalan Data Atas Talian ProQuest New Platform ( Subjek: Business dan Social Sciences) dan EBSCO Information Services (EBSCOhost Research Databases : Academic Search Complete, Art & Architecture Complete, Business Source Complete, Computers & Applied Sciences Complete, eBook Collection (EBSCOhost), Engineering Source, ERIC, Film & Television Literature Index with Full Text dan sebagainya) dan eBooks Mobile App melalui laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ pada ruangan "HIGHLIGHTS", klik pada Malaysian Citation Centre dan pilih" Pangkalan Data" pada menu utama ATAU melalui laman web Pusat Sitasi Malaysia (PSM) di Url: mycc.my pada menu "Pangkalan Data". Pangkalan data ini boleh diakses menggunakan username dan katalaluan seperti dibawah. Username: memunimas1 ...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Akses Percubaan kepada e-Marefa telah diaktifkan sehingga 10 November 2015 . Maklumat mengenai e-Marefa adalah seperti dilampirkan dalam emel versi Bahasa Inggeris di bawah. Tuan/puan digalak untuk mengguna sumber ilmu tersebut melalui laman web PKMA http://www.cais.unimas.my/ . Sila klik pada ruangan "Latest News". Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi PKMA melalui emel mailto:cais@unimas.my Sekian, terima kasih. _________________________________________________________________________________ Ladies and gentlemen Please be informed that the trial for e-Marefa has been activated on 1st October through 10th November 2015. Brief information about e-Marefa: E-Marefa is a leading digital Arabic database which complies with the international bibliographic st...
- Get link
- X
- Other Apps
Catalogue Card found in Lawas Public Library. 1st generation of library access catalogue. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.. Perkongsian yang amat menarik. Anda sekarang mencari bahan di perpustakaan hanya secara online iaitu dengan menggunakan pangkalan data atas talian. Cuba anda bayangkan sebelum ini ada kena cari menggunakan kad katalog seperti ini. Adakah anda dapat mencari buku itu pada masa itu juga jika anda memerlukan buku itu dengan kadar segera? Dengan itu kami berharap semua warga Unimas gunakanlah perkhidmatan pencarian bahan kami iaitu "CAIS ONESEARCH" yang boleh diakses melalui www.cais.unimas.my . Bukan sahaja senang tetapi juga ia menjimatkan masa anda kerana sekarang semua bahan termasuk bahan "online" yang di"subscribe" oleh PKMA juga boleh dicari disitu. Dengan pencarian ini anda tidak akan membuang masa berlebihan dengan pencarian dirak dan ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuk juga di keselesaan r...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA) dalam usaha memperkukuhkan lagi perkhidmatannya dalam menyokong kemajuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan telah menambahkan satu lagi inisiatif iaitu memperluaskan maklumat mengenai Perkhidmatan Bibliometrik. Usaha ini adalah untuk mempertingkatkan visibiliti hasil-hasil penerbitan dan sitasi UNIMAS dengan penyediaan maklumat-maklumat yang mampu dijadikan rujukan kepada pensyarah dan penyelidik. Maklumat-maklumat yang disediakan, antara lain adalah: · Bibliometric Study by MOSTI · UNIMAS Niche Area: Publications in Quartile Ranking and Impact Factor in Scopus · Journals Subscribed by CAIS 2015 : Quartile Ranking and Impact Factor · Journals Subscribed by CAIS 2015 : Indexed in Scopus and ISI WoS · How to search impact factor & quartile journals · How to determine your H-Index ...
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan lupa temujanji kita esok ke Hari Bersama Pelanggan di PKMA. Pelbagai aktiviti menarik seperti: 1. Quiz 2. Jualan buku dari Mybookstore dan Azam Ceria, 3. Kaunter penerangan CAIS Onesearch, 4. Kaunter pengaktifan kad dan pelbagai lagi. Jangan ketinggalan !!! Marilah bersama kita meriahkan!! Datanglah beramai-ramai ke Lobi PKMA dari Jam 9 pagi sehingga 5 petang!
- Get link
- X
- Other Apps
Hari Bersama Pelanggan PKMA 2015 akan berlangsung pada 30 September 2015 (RABU) bermula dari 9 pagi - 5 petang. Tapak majlis adalah di Lobi PKMA. Ia untuk memberi peluang kepada pelanggan Pusat Khidmat Maklumat Akademik(PKMA) , khususnya memberikan maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan dan kemudahan PKMA semasa berurusan Pelanggan juga boleh mengemukakan aduan/cadangan positif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan. PKMA juga akan menyampaikan maklumat mengenai peranan dan fungsi PKMA serta perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PKMA Kesemua warga Unimas dijemput untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut. Pelbagai atucara telah diatur bagi memeriahkan Hari Bersama Pelanggan iaitu: 1. Kaunter Bayaran Denda – Kepada pengguna yang dikenakan denda kerana lewat memulangkan bahan 2. Pengaktifan Kad Pelajar Baharu – Sasaran kepada pelajar baharu untuk mengaktifkan kad aga rboleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan. 3. Photo Booth –Aktiv...
- Get link
- X
- Other Apps
Makluman dari Naib Canselor Unimas mengenai isu jerebu: Dearest students and staff, due to the worsening haze situation affecting Kota Samarahan and Kuching and the media release by the Department of Education on clo sure of schools in both districts, the university has issued the following statement: Kenyataan Rasmi UNIMAS berkaitan situasi Jerebu di Kuching dan Kota Samarahan 27 Sept 2015 Merujuk kepada situasi terkini berkaitan indeks pencemaran udara di kawasan Kuching dan Kota Samarahan, UNIMAS mengambil keputusan untuk: a) membatalkan atau menangguhkan semua aktiviti luar universiti sehingga keadaan mengizinkan b) meneruskan urusan pentadbiran dan pengajaran-pembelajaran seperti yang dijadual Semua pelajar dan staf dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan masing-masing, seperti: a) kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu b) memakai penutup hidung dan mulut ketika di luar bangunan, terutamanya un...
- Get link
- X
- Other Apps
YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan PKMA sedang mengadakan satu kaji selidik berkenaan dengan Perolehan Pangkalan Data Sumber Elektronik terpilih secara Pay Per View (PPV). Pay Per View (PPV) berkonsepkan dimana setiap artikel yang dimohon oleh pengguna; PKMA akan membantu dari segi mendapatkan artikel tersebut. Pembayaran bagi setiap artikel yang dimohon oleh pengguna juga akan diuruskan oleh PKMA. Pengguna tidak akan dikena sebarang caj. Sehubungan itu maklum balas daripada responden adalah diperlukan untuk membantu PKMA dalam penyediaan cadangan kertas kerja berkaitanPay Per View (PPV) ini. Sila klik pada pautan berikut untuk mengisi kajian tersebut http://goo.gl/forms/3bHCw70gcp . Tempoh maklum balas bermula dari hari ini sehingga 21 September 2015. Kerjasama dari YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai...
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati, Sukacita dimaklumkan PKMA sedang mengadakan Pameran Kemerdekaan bertempat di Aras Mezzanine PKMA mulai 28 Ogos sehingga 18 September 2015. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran buku-buku , artikel , tokoh-tokoh dan tayangan bahan media (filem & muzik) mengenai kemerdekaan. Bulan Ogos dan September merupakan bulan bersejarah buat negara kita yang tercinta. Ogos adalah sinonim dengan bulan kemerdekaan, manakala 16 September 1963 pula menempa sejarah dalam penubuhan Malaysia. Pada pada tahun 2015 ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-58 dan hari Malaysia yang ke-52. Sabah dan Sarawak merdeka pada hari penubuhan Malaysia. Tuan/puan dijemput untuk meluangkan masa untuk melawat tapak pameran ini, yang dibuka setiap hari, bermula 28 Ogos hingga 18 Sept 2015. Sekian, terimakasih. _____________________________________...
- Get link
- X
- Other Apps
Satu slot dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah diadakan semasa Minggu Aluan Pelajar baru UNIMAS (4 September 2015) bertempat di Arena Gemilang DeTAR Putra. Seramai 3800 pelajar baru UNIMAS telah mendaftar. Tayangan Video CAIS Virtual dan pengenalan kepada pencarian bahan CAIS OneSearch diterangkan kepada pelajar. Sesi soal jawab sangat memberansangkan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar baru UNIMAS.