Gotong-Royong di CAIS Pra Uni
Semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa perlu dipupuk sejak awal lagi. Pusat Khidmat Maklumat Akademik ( CAIS ) Cawangan Pra-Universiti telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pelajar Tahun 1 Program Perubatan pada 29 November 2017 yang lalu. Seramai 11 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Aktiviti gotong-royong ini sememangnya tidak mendatangkan faedah berbentuk wang dan kebendaan, tetapi aktiviti ini adalah bertujuan untuk menerapkan sifat kesukarelawan di dalam diri, di samping memupuk sikap menjaga kebersihan persekitaran serta melatih kerjasama dalam satu kumpulan. Aktiviti ditangguhkan pada jam 5 petang dengan jamuan minum petang dari pihak CAIS sebagai tanda menghargai usaha sukarelawan yang terlibat.