ADAKAH ANDA MENGENALI CAIS ????
CAIS menawarkan pelbagai perkhidmatan & kemudahan bukan sahaja kepada pelajar, malah terbuka kepada pensyarah, penyelidik dan staf pentadbiran. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAIS adalah: PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT Unit ini terletak di Aras 1 CAIS utama. Unit ini ketuai oleh: Puan Norazlina Abd Rahman - Pustakawan Kanan Puan Habibah Matadi - Ketua Pembantu Pustakawan Puan Suhana Sharbini - Pembantu Pustakawan Kanan Puan Siti Norfazidah Man- Pembantu Pustakawan Unit ini membantu pengguna dalam menerangkan perkhidmatan dan kemudahan di CAIS. Sekiranya terdapat soalan rujukan, atau temubual mengenai rujukan, pengguna dialu-alukan untuk bertanya kepada staf di unit tersebut. Unit ini juga menawarkan sesi Pendidikan Pengguna Pelajar baharu biasanya akan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan CAIS, diikuti pula dengan lawatan CAIS Tour yang akan dikendalikan oleh Pustakawan Penghubung Fakulti. Lawatan ini dibuat untuk memast...