Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati, Sukacita dimaklumkan PKMA sedang mengadakan Pameran Kemerdekaan bertempat di Aras Mezzanine PKMA mulai 28 Ogos sehingga 18 September 2015. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran buku-buku , artikel , tokoh-tokoh dan tayangan bahan media (filem & muzik) mengenai kemerdekaan. Bulan Ogos dan September merupakan bulan bersejarah buat negara kita yang tercinta. Ogos adalah sinonim dengan bulan kemerdekaan, manakala 16 September 1963 pula menempa sejarah dalam penubuhan Malaysia. Pada pada tahun 2015 ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-58 dan hari Malaysia yang ke-52. Sabah dan Sarawak merdeka pada hari penubuhan Malaysia. Tuan/puan dijemput untuk meluangkan masa untuk melawat tapak pameran ini, yang dibuka setiap hari, bermula 28 Ogos hingga 18 Sept 2015. Sekian, terimakasih. _____________________________________...