Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya, dipanjangkan pemakluman terkini daripada Kementerian Pendidikan Tinggi seperti berikut; 1. Nama Kementerian Kabinet telah membuat keputusan pada 29 Julai 2015 bahawa nama rasmi Kementerian ini adalah Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Senarai Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Menteri: YB Dato' Seri Idris bin Jusoh Timbalan Menteri: YB Datuk Mary Yap Kain Ching Ketua Setiausaha: YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang 3. Penggunaan Jata Negara Susulan daripada itu, penggunaan Jata Negara akan digunakan dalam urusan rasmi Kementerian. Penggunaan Jata Negara ini berkuatkuasa serta merta sehingga logo khusus direkabentuk. Sekian, terima kasih dan salam hormat. Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat Corporate Planning & Communications Department Level 3 Chancellory Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kot...