Assalamualaikum & Salam UNIMAS Ku Sayang, YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan Seperti yang kita sedia maklum, UNIMAS telah menjadi ahli kepada Hindawi's Open Access Institutional Membership Program (Hindawi Publishing Corporation) semenjak 2010-. Dengan menjadi ahli institusi kepada Hindawi , warga UNIMAS terutama sekali para pensyarah/penyelidik boleh menghantar artikel akademik untuk diterbitkan di dalam mana-mana 300+ jurnal STM (Science, Technology and Medicine) yang berada dibawah naungan Hindawi tanpa sebarang caj pemprosesan (article processing fee). Sehingga kini Hindawi telah menerbitkan 436 judul jurnal dan kebanyakannya telah diindeks dalam pangkalan data indeks dan abstrak seperti Scopus, Journal Citation Report, INSPEC dan lain-lain. Jurnal-jurnal ini boleh dicapai melalui http://www.hindawi.com/journals/ Setakat November 2014, sebanyak 31 artikel daripada pensyarah/penyelidik UNIMAS telah diterbitkan dalam jurnal terbitan...
Posts
Showing posts from November, 2014
- Get link
- X
- Other Apps
Selaras dengan Perkara 13 Pekeliling Bendahari Bil 11/2014, iaitu Kutipan Hasil Oleh PTJ yang mana resit sementara dibenarkan dikeluarkan sehingga 26 Disember 2014 (Jummat). 1. Tarikh akhir kutipan pembayaran denda lewat pemulangan, percetakan dan sewa laci berkunci adalah pada 26 DISEMBER 2014. 2. Semua urusan pembayaran di PKMA ditangguhkan sehingga dimaklumkan. 3. Peminjam disarankan untuk memperbaharui pinjaman bagi mengelakkan denda terkumpul.
- Get link
- X
- Other Apps
Para pengguna PKMA yang dihormati. Kami memohon supaya semua pengguna untuk bertanggungjawab terhadap kemudahan yang disediakan di PKMA. Mohon jangan digunakan sambil lewa sehingga menyebabkan kerosakan pada kemudahan tersebut. Juga kami memohon jasa baik semua pengguna supaya menjaga kebersihan di sekitar bangunan PKMA. ini apa yang dijumpai dikawasan tandas bersebelahan dengan student lounge sebentar tadi. Keadaan yang tidak sihat ini boleh mendatangkan mudarat kepada semua. Selain dari kotor, bau busuk meresap ke seluruh kawasan menyebabkan kawasan student lounge tidak selesa untuk diduduki.Selain itu juga ini boleh menyebabkan binatang perosak semakin berleluasa yang sekaligus boleh menyebabkan banyak lagi kerosakan terhadap peralatan dan buku-buku di PKMA. Mohon kerjasama semua untuk menjaga kebersihan dan peralatan di PKMA untuk kebaikan semua.
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saudara dan saudari yang dihormati sekalian, Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penerbitan akan menganjurkan Program Bicara Buku Bersama Penulis pada butiran seperti berikut: Tarikh: 19 November 2014 Masa: 0230 pm hingga 0430 pm Venue: Auditorium Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIMAS (PKMA). Untuk makluman semua, Penulis Jemputan pada program tersebut adalah Tuan Haji Syahrul Nizam bin Junaini, seorang Pensy B arah di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UNIMAS dan juga merupakan penulis kepada buku yang bertajuk Jenayah Digital Daripada Penyelidikan Kepada Penyelesaian (Terbitan Tahun 2014).
- Get link
- X
- Other Apps
Salam Sejahtera dan Salam UNIMAS Ku Sayang, Greetings from CAIS.. Dear valued users, Please be informed that EBSCHOhost offer end-user trainings to Universiti Malaysia Sarawak, for both the main campus as well as the medical campus, on 19 November 2014. The below is the proposed date, timeslots and training agendas for both campuses. UNIMAS Main Campus: EBSCO eBooks and Research Databases workshop Date : 19 November 2014 Time : 10:00am-12:00pm Training agenda: 1. EBSCO eBooks - Search and browse features - Reading online and bookmarking - Printing/Emailing 2. EBSCOhost Research Databases - Overview of Academic Search Premier, Business So...