Ucapan Penghargaan YBhg Prof Datuk Dr khairuddin Ab Hamid menerusi email beliau kepada semua warga Unimas semalam: Salam sejahtera dan salam persahabatan, Saya pasti email saya kali ini tidak membawa sebarang kehairanan atau kejutan. Berita yang telah dihebah luas jelas mewartakan tamatnya khidmat saya sebagai Naib Canselor UNIMAS pada 31 Mac 2013. Cantik juga nombor ini, 310313 dan mudah juga saya ingat tarikh yang bersejarah dalam kehidupan saya ini. Bersejarah kerana lima tahun rupanya berlalu dengan cepat dan kadang-kadang tanpa disedari. Begitu cepatnya juga tempoh saya sebagai Naib Canselor berlalu. Saya merasa amat bersyukur kerana telah diberi kepercayaan dan amanah yang begitu besar serta mencabar untuk menerajui UNIMAS sebagai Naib Canselor yang ke-4. Saya lebih merasa amat bersyukur kerana mempunyai pasukan pengurusan dan semua peringkat staf yang begitu bersatu hati, komited dan berkhidmat dengan penuh semangat demi kecemerlangan UNIMAS. Saya sering mengatakan bahawa s...