Program Literasi Maklumat bersama PKMA,

Bagi meningkatkan lagi kemahiran pengguna dalam mengakses, mengenal pasti dan menilai pelbagai bahan yang terdapat di PKMA secara cekap dan berkesan, PKMA telah menyediakan Kelas Literasi Maklumat yang merupakan program pembelajaran untuk pelajar/ pengguna Fakulti , Institut dan Pusat yang dijalankan secara berterusan. Dengan adanya pelbagai enjin carian di Internet, ia sedikit sebanyak turut mempengaruhi pencarian maklumat kepada pengguna PKMA. Untuk itu, kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengguna berkenaan dengan bagaimana mengguna perpustakaan dengan berkesan dan yang paling penting adalah bagaimana untuk mencapai dan menggunakan maklumat dengan tepat.

Program ini juga dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua mahasiswa dan kakitangan UNIMAS.

Jadual mengenai kelas literasi maklumat adalah seperti dibawah dan turut terdapat dilaman web PKMA.

JADUAL KELAS LITERASI MAKLUMAT & KONSULTASI

ISNIN-KHAMIS
10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
2.30 Petang – 4.30 Petang

JUMAAT
Berdasarkan permintaan

CUTI UMUM
TUTUP

TEMPAT
Unit Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat

Selain itu, kelas secara permohonan turut diadakan bergantung kepada tarikh dan masa yang dipohon oleh pengguna.

Terdapat lima modul yang ditawarkan seperti berikut:

Introduction to CAIS
CAISOneSearch
Finding Information for Academic Writing
Finding Information on the Web
Citing References & Plagiarism

Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut pengguna boleh berhubung dengan Pustakawan Penghubung Fakulti seperti yang terdapat di laman web PKMA atau emailkan ke alamat reference@cais.unimas.my

Comments

Popular posts from this blog

Demonstrasi menggunakan Automated External Defibrillator(AED) di CAIS

Reading empowers, a reminder on World Book & Copyright Day!

Online Database Training : CEIC